Polisi Dan Undang-Undang Di Laman Bintangchat.com
Room
ini adalah hak milik semua
chatters. Ia bukanlah hak milik
mana-mana individu sahaja.
Pihak kami hanyalah
menjaga dari segi
pengurusan dan pentadbiran room
bagi memastikan room ini
sentiasa dalam keadaan yang
terkawal.Sebelum memulakan dan
menjadi ahli kampung ini
diharap memahami dasar-dasar
undang-undang yang tertera
dibawah ini supaya apa yang kami
adakan disini tidak dituntut
diakhirat atau dihari kemudian
nanti.
|
Laman ini adalah hak milik semua. Harap Maklum !!!
Moderator adalah orang kuat room yang bertanggungjawab memastikan pengurusan room berjalan dengan lancar. Moderator adalah dilarang sama sekali untuk menaikkan orang lain sebagai Moderator walaupun orang yang rapat dengannya. Moderator mempunyai kuasa untuk memberikan status Voice sementara kepada mereka yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Mereka yang diberikan voice mestilah orang yang menjaga tatasusila semasa di dalam room.
Mereka juga mestilah orang yang aktif di room (public).
Selain itu, moderator juga :
Mestilah membantu dalam memastikan room dalam keadaan baik.
Dilarang kick/ban user atas alasan peribadi.Bertindak dengan bijaksana dan bertimbangrasa.
Sekiranya online, Moderator dimestikan berada di room sendiri serta memeriahkan room dan bertanggung jawab memastikan room sentiasa maju dan selalu Invite member memeriahkan room.
Tidak dibenarkan kick/ban BOT atas apa alasan sekalipun.
Dilarang sama sekali mengajak chatters untuk ke room lain,
Moderator perlulah memiliki pengetahuan dalam pengendalian Command Mode yang tersedia selain berkemampuan online dalam jangka masa panjang untuk setiap hari (24-jam sebaik-baiknya).
Moderator perlu mengikut tatasusila sepatutnya dan sebarang tindakan berlawanan dengan etika moderator pada Room/Bot/User akan menyebabkan status Moderator anda ditarik balik (tanpa notis).
Syarat kelayakkan untuk menjadi moderator hendaklah berumur melebihi 20 (Dua Puluh Tahun).
Status
Moderator boleh ditarik
balik pada bila-bila masa
sekiranya Moderator tersebut
tidak online dalam masa
seminggu atau tidak
aktif dalam room sendiri
sebaliknya lebih aktif di
room lain !!!
Sekiranya terlalu ramai Moderator yang online pada satu-satu masa itu, sebahagian daripada Moderator perlulah turun ke bawah. Jumlah maksimum yang digalakkan berada di atas sebagai Moderator dalam satu masa ialah 5 orang sahaja.
Moderator diharap tidak salah gunakan kick/ban atas dasar peribadi atau atas permintaan chatter`s.Tidak dibenarkan menaik orang lain ke status moderator atau kick/ban sesama moderator.
Moderator yang layak dilantik hendaklah memberikan komitment tinggi dan dan aktif di kampung dan sanggup memajukan kampung serta tidak mementingkan diri sendiri.
Dilarang mempunyai status Moderator di room lain kecuali dengan kebenaran pihak pengurusan.i
Voice tetap yang telah di lantik adalah mereka yang telah dikenalpasti selalu join di room dan mendapat keutamaan dalam pemilihan Moderator.
Voice yang telah dikenalpasti selalu membantu dalam memajukan room akan diberi status Moderator (atas sokongan daripada Moderator yang sedia ada.
Voice yang terpilih sebagai bakal Moderator akan diberikan tempoh percubaan sebagai Moderator selama sebulan. Moderator tetap perlu memantau kerja bakal Moderator tersebut selama dalam tempoh percubaan.
Dilarang menggunakan huruf besar.
Dilarang menggunakan bahasa lucah atau kasar atau nickname lucah.
Dilarang ulangan melebihi 3 kali serta flood
Dilarang invite atau promote user fantasi untuk untuk ke laman chat lain.
Dilarang mengganggu ketenteraman chatters lain semasa di dalam room.
Sebarang rayuan untuk mendapatkan status Moderator tidak akan dilayan. Sebaliknya Moderator dipilih dan dilantik oleh Pihak Pengurusan fantasi.
Semua member galerry.bintangchat.com Digalakan menghantar gambar berserta maklumat diri yang ringkas untuk dimasukan kedalam album fantasi.
Tindakan
Semoga anda menghormati setiap undang-undang yang ada demi kebaikan dan keselamatan fantasi ini. Sekiranya chatters didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan, tindakan yang akan diambil seperti berikut:
Jika didapati advertise/iklan didalan room #fantasi , tindakan KLine atau Kick/Ban akan dikenakan serta-merta dan anda akan disekat dari memasuki ke laman ini buat selamanya.Kerjasama dari anda semua amatlah dihargai kerana laman ini berdaftar atas nama pihak pengurusan.
Harapan kami agar semua dapat menggunakan/memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan yang disediakan dan jauhi segala perkara-perkara yang tidak baik yang dimurkai Allah, semoga kita semua berjaya duduk sebumbung disebuah komuniti dalam dunia internet ini serta berjaya hingga ke generasi yang akan datang.
Nasihat dari kami sila rahsiakan identiti
sebenar anda!!! Jangan sesekali memberi No Telefon, Alamat Rumah, No Kad Pengenalan
atau apa-apa maklumat peribadi anda kepada sesiapa saja yang meminta dari anda demi untuk keselamatan anda. AWAS!!!
Penipuan banyak berlaku di dunia internet ini. Pihak
pengurusan tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku apa-apa ke atas diri
anda. Domain Name dan Laman ini berdaftar segala Hakcipta
Terpelihara. Dilarang Advertise/Iklan tanpa izin
atau Mengambil/Meniru Persamaan WebSite Atau Mencetak Bahan yang ada dilaman
ini.
Harap Maklum!!!
Sebarang
masalah, rayuan atau cadangan,
sila emailkan kepada Pengurusan
fantasi
Harap Maklum !!!
